Malaysian weddings photographer Malaysia

By: Kid Chan Malaysia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Apr-2008 04:31 Email | Share | Bookmark
Bertanya Kid Chan- Perlukah seorang jurugambar professional?

Soalan Pertama (Bertanya Kid Chan, pg 152, Issue February Pesona Pengantin)

Perlukah seorang jurugambar professional di majlis kahwin?


Kid Chan,
Saya amat meminati hasil kerja Encik Kid. Saya perhatikan bahawa semua klien Encik Kid terdiri daripada golongan atasan dan VIP. Jika saya membuat majlis akad nikah di kampung secara ala kadar sahaja, perlukah kami dapatkan khidmat professional seperti anda?

Ezlyn Juned, Gombak


Jawapan

Cik Ezlyn,
Terima kasih atas pujian anda. Walaupun kebanyakkan klien saya terdiri daripada VIP, Kid juga mempunyai klien yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Mengenai soalan Ezlyn, tidak kira dimana majlis anda lakukan, anda hanya perlu memperuntukkan bajet sekiranya ingin menggunakan khidmat jurugambar professional.
Di suatu majlis perkahwinan, yang penting bukannya bunga telur Ezlyn bersalut emas, betapa besarnya saiz pelamin atau jamuan yang layak untuk masuk iMalaysian Guiness Books of Records, yang penting ialah kehadiran sanak saudara tercinta untuk meraihkan Ezlyn.

Jangan lupa anda Ezlyn dan tuning berhak mendapati layanan istimewa kerana hari itu hari bermakna bagi anda kerana anda berdua ialah “RAJA” untuk “SEHARI”!


http://www.kidchanstudio.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net