Malaysian weddings photographer Malaysia

By: Kid Chan Malaysia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 21-May-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
The wedding of Jeslina Hashim & Dion Andrew Vercoe

Dear All,

Thank you for tour lovely comments and helping to shd some lights on the Pelik Files of Kidchan.fotopages.com ! Special thanks to Marianne for googling me, and if you like to visit my official site it is http://www.kidchan.com Also would like to thanks Azzarigg for highlighting the article on Jeslina Hashim's wedding in which my name, Kid Chan was briefly mentioned. Please stay tune for some of the shots that will be published here VERY soon, once it had made it rounds in the local media.SO, TUNNNGGUU! For those that are interested in the article, here it is:

Jes, Riaz bulan madu di Pangkor Oleh Norhadiani Baharom yanie@hmetro.com.my

PADA 21 Mei ini, genaplah sebulan usia perkahwinan penyanyi dan pelakon kecil molek, Jeslina Hashim, 27, dengan pemuda kelahiran New Zealand, Dion Andrew Vercoe, 32.

Sepanjang melayari hidup berumah tangga, Jeslina atau mesra dengan panggilan Jes mengakui semakin tenang apabila percintaan yang terjalin selama empat tahun akhirnya terikat dengan ikatan suci perkahwinan.

Jes dan suami memilih tarikh 21 April sempena sambutan Maulidur Rasul untuk mengakhiri zaman bujang mereka. Majlis pernikahan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Gurney manakala acara persandingan diadakan di Cafe Citreon, Ampang, pada 1 Mei.

Sempena meraikan ulang tahun sebulan perkahwinan mereka, Jes dan suami merancang percutian bulan madu mini di Pangkor pada hari ini (19 Mei) diikuti New Zealand.

“Kami ke Pangkor minggu ini manakala New Zealand hujung tahun kerana satu lagi majlis persandingan akan diadakan. Mengenai perasaan bergelar isteri saya akui semakin tenang.

“Masa hari akad nikah itu pun saya asyik risau maklumlah kita kan ‘public figure’, segala tindak tanduk pasti jadi perhatian. Jadi saya bimbang sangat kalau sesuatu yang buruk berlaku hingga tak jadi bernikah.

“Namun Alhamdulillah semuanya berjalan seperti diinginkan. Begitu juga Riaz kalau kawan-kawan bertanya mengenai perasaannya selepas bergelar suami, dia pasti menjawab ‘syukur’.

“Kalau kami keluar berjalan tangan saya digenggam erat seolah-olah tak mahu dilepaskannya. Ada kalanya macam nak dipeluk-peluk saja kerana katanya sekarang ini baru boleh balas dendam sebab sepanjang perkenalan kami terpaksa berkorban demi menjaga hati masyarakat.

“Bukan itu saja, sebagai suami Riaz juga semakin memperlihatkan minat untuk mendalami pengajian Islam,” katanya.

Jes yang dirias cantik mengenakan baju kurung rekaan Rizalman sewaktu majlis pernikahannya. Manakala korset dan skrit kuning rekaan Melinda Looi adalah pakaian rasmi di upacara persandingan.

Memandangkan majlis itu diadakan secara tertutup Jes turut mengirimkan Harian Metro gambar persandingan yang diambil oleh Kid Chan dari Portrait One (Kid Chan) dan Camwork.

Mengenai ibu dan bapa mentuanya, Paula dan David yang turut hadir memeriahkan majlis persandingan mereka tempoh hari, Jes bersyukur kerana mereka menerima kehadirannya sebagai menantu dengan baik.

Malah tidak pernah menghalang niat suci Riaz dengan nama Islamnya, Dion Riaz Vercoe, untuk memeluk agama Islam pada Raya Haji lalu.

Mengenai anak, Jes dan suami belum bersedia menerima kehadiran cahaya mata dalam masa terdekat ini kerana perlu menyelesaikan pelbagai urusan terlebih dulu. Dalam masa yang sama mereka ingin mengecapi hidup bersuami-isteri sepuas-puasnya.

“Pada mulanya kami rancang untuk mempunyai anak lima tahun lagi tapi rasanya usia kami waktu itu sudah tua. Jadi saya dan suami memutuskan tiga tahun lagi untuk bergelar ibu-bapa.

“Andai rezeki cepat kami tetap menerimanya dengan tangan terbuka. Cuma perancangan perlu dilakukan supaya anak tidak terabai. Maksud saya kelahirannya pada waktu yang tidak sesuai di mana kami berdua terikat dengan pelbagai urusan penting.

“Kebetulan kami berdua gemar melancong dan masih ingin meneruskan aktiviti itu untuk beberapa tahun lagi. Dalam masa yang sama saya juga sedang merancang penerbitan album baru jadi saya perlu memberikan sepenuh perhatian pada pembikinannya kelak.

“Jika ada anak pastinya urusan sedikit terganggu kerana saya perlu mendahulukan anak dari segala-galanya,” katanya.

Berkenaan pembikinan album, Jes memilih konsep kontemporari jazz dan berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan komposer terkenal seperti Aubrey Suwito, Afdlin Shauki, Ajai dan Melly Goeslow.

Malah penyanyi kecil molek ini melahirkan keinginan untuk berduet di samping Glenn yang dikenalinya sewaktu membuat persembahan di Brunei beberapa tahun lalu.

Menceritakan detik perkenalan Jes mengenali Riaz empat tahun lalu dari teman-teman rapat. Bagaimanapun tahun pertama hubungan yang berlangsung tidak lebih dari seorang kawan.

Ini disebabkan sikap Jes yang tidak gemar berkasihkan jejaka ‘mat saleh’ seperti kebanyakan wanita Malaysia sekarang. Malah setiap kali Riaz cuba menghampiri sedaya upaya Jes menjauhkan dirinya.

“Bagaimanapun hubungan yang dulunya dingin berubah selepas kami menghadiri majlis Hari Natal di rumah kawan. Waktu itu saya membawa hadiah lukisan yang dilukis sendiri sebagai hadiah Krismas.

“Riaz kemudian terpandang gambar itu dan bertanya pada teman saya di manakah dia membeli lukisan itu. Selepas mendapat tahu ia adalah hasil kreativiti saya, Riaz memberitahu awak memang tepat.

“Bagaimanapun kerana tidak sukakan mat saleh saya cakap dengan dia, jawapan hati saya ada di dalam gambar itu.

“Beberapa hari selepas kejadian Riaz mengundang Jes untuk buat lukisan perhiasan di rumahnya selain menjemput saya makan tengah hari bersamanya. Di situlah perasaan suka buat pertama kalinya terbit buat Riaz,” katanya.

Taken From: http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Bintang/20050519100422/Article/indexm_html

CHEERS!

http://www.kidchan.com, WPJA
kidchan@portraitone.com
+6 (012) 215 9933
http://www.portraitone.com @ Sheraton Imperial Hotel, KL
" the most sought-after wedding photographer in Malaysia" -NST
"Kid Pakar Fotografi"-Harian Metro
"Jurugambar pertama di Malaysia yang menerima keahlian WPJA" -Nona
"the Society Photographer"-LIVE FROM STUDIO IN THE CITY, NTV7



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net