Malaysian weddings photographer Malaysia

By: Kid Chan Malaysia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 12-Sep-2006 14:35 Email | Share | Bookmark
Launching Gillette Mach3 Turbo Champion with Jehan Miskin

 
Pisau cukur penuhi cita rasa orang muda
Oleh Sharifah Salwa Syed Akil (Taken from http://www.bharian.com.my/ )


PROCTER & Gamble Malaysia (Malaysia) Sdn Bhd (P&G) memperkenalkan pisau cukur terbarunya, Gillette Mach3 Turbo Champion dalam usaha meluaskan pilihan kepada pelanggannya.

Penolong Pengurus Pemasaran Negara P&G, Nicholas Khor, berkata pisau cukur dengan tiga mata pisau itu didatangkan dengan corak garang dan warna menyerlah, sesuai dengan sasarannya iaitu golongan muda.

“Pisau cukur tiga mata terbaru yang menggunakan teknologi termaju dan direka khusus untuk lelaki yang sentiasa mahukan sesuatu yang terbaik itu disasarkan kepada generasi muda yang mementingkan penjagaan diri,” katanya pada pelancaran Gillette Mach3 Turbo Champion di Petaling Jaya, semalam.

Majlis pelancaran bertemakan sukan bermotor ‘Uji Pandu Jaguh Ini (Gillette)’, itu menampilkan dua selebriti tanah air iaitu Kid Chan dan pelakon serta model, Jehan Miskin.

Bagi memeriahkan program promosi Gillette Mach3 Turbo Champion, P&G turut menganjurkan peraduan mulai 25 September ini.

Menerusi peraduan itu, pemenang membawa pulang hadiah lumayan iaitu telefon bimbit Motorola RAZR V3 setiap hari selama tiga minggu peraduan itu dilangsungkan.

Orang ramai hanya perlu mendaftar menerusi laman web www.champion.com.my dan menjadi pendengar Radio Hit FM.

Juruhebah bertugas akan menelefon peserta dan mereka yang bertuah perlu menyambut panggilan itu dengan kata-kata ‘Am I the Champion’, sekali gus melayakkan mereka mendapat hadiah yang ditawarkan.

Khor berkata, orang ramai boleh menyertai peraduan itu menerusi Skuad Bergerak Champion yang berada di Pasar Raya Besar Giant terpilih di sekitar Lembah Klang pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai 15 September hingga 1 Oktober ini.

-End-

Original article Here

Cheers!
Kid Chan, WPJA
"100 People You Must Know in Asia"-Malaysia Tatler"
"the most sought-after wedding photographer in Malaysia" -NST
"Picture Perfect"-The Edge Daily
"perintis gaya foto jurnalistik"-Ratu Sehari
"Kid Chan-Celebrity photographer" -Le Prestige


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net